top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kluster baharu libatkan pelajar asrama SM Maktab Sabah


7 Feb 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Dua lagi kluster baharu direkodkan hari ini melibatkan pelajar asrama sekolah Maktab Sabah, Kota Kinabalu dan kluster tempat kerja di Kunak, Kluster Giram.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster institusi pendidikan Jalan Pintas Sembulan melibatkan asrama sekolah Maktab Sabah, Kota Kinabalu.


Beliau berkata, kluster ini melibatkan sekumpulan pelajar asrama di Sekolah Menengah Maktab Sabah yang terletak dalam mukim Sembulan.


“Kes indeks kluster ini adalah seorang pelajar perempuan, warganegara, berumur 15 tahun yang tinggal di asrama sekolah tersebut.


“Pelajar itu mula bergejala pada 3 Feb 2022 dan telah menjalani ujian PCR pada hari yang sama dan didapati positif. Kes telah dimasukkan ke PKRC untuk tujuan kuarantin dan rawatan lanjut.


“Seramai 79 orang kontak rapat telah disaring dan 17 pelajar didapati positif, menjadikan jumlah kumulatif kes positif seramai 18 orang. Mereka yang didapati positif adalah dalam kategori bergejala ringan (Kategori 2) dan telah dihantar ke pusat kuarantin dan menerima rawatan yang sesuai,” katanya.


Masidi berkata, Kluster Giram pula berlaku di Ladang Giram. Indeks kes adalah seorang warganegara lelaki 37 tahun mula bergejala (selesma dan batuk) pada 31/1/2022 dan menjalani saringan di klinik swasta pada hari yang sama dan didapati positif.


“Saringan terhadap kontak sekerja dan kontak keluarga mendapati 19 lagi kes positif. Jumlah kumulatif kluster ini sebanyak 20 kes dan 3 kes baharu dilaporkan hari ini,” katanya.

Comments


bottom of page