top of page

Kluster baharu libatkan pelajar asrama SMK Balung Tawau

  • Wartawan Nabalu News
  • Jan 25, 2022
  • 1 min read


25 Januari 2022 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini dikenali sebagai Kluster Jalan Sri Balung - Tawau merupakan kluster jenis institusi pendidikan melibatkan pelajar asrama di SMK Balung. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kes indeks merupakan lelaki, pelajar Tingkatan 4 yang mula bergejala sejak 19 Januari 2022. Katanya, saringan yang dibuat di klinik kesihatan pada 21 Januari 2022 mendapati kes indeks positif Covid-19 RTK AG lalu dikuarantin dan diberikan rawatan lanjut. “Saringan ke atas 38 kontak rapat mengesan 14 kes baharu, manakala 22 lagi masih menunggu keputusan ujian dan satu lagi ujian saringan didapati negatif. “Ini menjadikan kumulatif kes positif sebanyak 18 kes yang terdiri daripada pelajar SMK Balung. “Semua pesakit dikategorikan sebagai bergejala ringan (Kategori 1 dan 2) dan telah dikuarantin serta diberikan rawatan yang sesuai,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page