Kluster baharu libatkan pelajar Politeknik di SandakanKluster baharu libatkan pelajar Politeknik di Sandakan
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kluster baharu libatkan pelajar Politeknik di Sandakan



1 Disember 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Satu lagi kluster baharu melibatkan pelajar Politeknik direkodkan di Sabah, dikenali sebagai Kluster Sungai Batang – Sandakan.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata kluster institusi pendidikan itu melibatkan pelajar Politeknik Sandakan.


“Kes indeks adalah lelaki tempatan, 19, yang bergejala demam dan batuk sejak 12 November 2021, disahkan positif dengan grading 100% dalam saringan RTK Antigen Covid-19 di klinik swasta pada hari yang sama.


“Saringan kontak rapat terhadap 29 pelajar serta dua kakitangan mendapati 24 kes positif termasuk 11 kes baharu dalam kalangan pelajar asrama institusi berkenaan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.


Mengenai jumlah kes positif baharu Covid-19 pada hari ini, Sabah mencatatkan sebanyak 467 kes, menjadikan jumlah kumulatif 233,700 kes.


Katanya, tujuh kes kematian dilaporkan iaitu empat kes di Kota Kinabalu manakala masing-masing satu kes di Kudat, Tuaran dan Lahad Datu.


“Daripada 467 kes hari ini, 97.4 peratus adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, empat orang dalam Kategori 3, seorang dalam Kategori 4 dan dua orang dalam Kategori 5 serta lima kes lagi masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya.


Beliau berkata, seluruh daerah di negeri ini mencatatkan perubahan angka kes positif Covid-19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak 257 kes daripada Saringan Kontak Rapat.


“Ini dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page