Kluster baharu melibatkan pelajar asrama perempuan SMK RanauKluster baharu melibatkan pelajar asrama perempuan SMK Ranau
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kluster baharu melibatkan pelajar asrama perempuan SMK Ranau



18 Jan 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Satu kluster baharu jenis institusi pendidikan direkodkan hari ini dikenali sebagai Kluster Puri Ranau melibatkan pelajar asrama perempuan SMK Ranau.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kes indeks adalah pelajar perempuan, 19, dikesan positif COVID-19 melalui ujian saringan kendiri pada 16 Januari kerana bergejala dan telah dikuarantin.


Katanya, ujian pengesahan COVID-19 pada hari seterusnya juga mendapati kes indeks positif RTK-AG.


“Saringan terhadap rakan sebilik dan rakan sekelas mengesan enam lagi kes positif menjadikan jumlah kumulatif sebanyak tujuh kes.


“Para pesakit dikategorikan sebagai bergejala ringan (Kategori 1 dan 2) dan telah diasing serta diberikan rawatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media hari ini.


Mengenai jumlah keseluruhan kes harian di Sabah, Masidi berkata, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini sebanyak 201 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 244,581 kes dan satu kes kematian dilaporkan di Tuaran.


“Jumlah kes harian kembali melepasi angka 200 dengan 201 kes baharu, pertambahan sebanyak 38 kes berbanding semalam.


“Terdapat sembilan daerah mencatatkan kes dua angka dengan Kota Kinabalu (42 kes) dan Tuaran (37 kes) melepasi paras 20 kes.


“Manakala 10 daerah merekodkan kes satu angka dan lapan daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu," katanya.


Beliau berkata, empat daerah mencatatkan peningkatan dua angka iaitu Tuaran +31 kes, Tawau +12 kes, Tambunan +12 kes dan Sandakan +11 kes sementara daerah-daerah yang mencatatkan penurunan dua angka pula ialah Penampang -16 kes, Putatan -13 kes dan Ranau -10 kes,” katanya.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page