Kluster baharu melibatkan tempat kerja ladang sawit Kinabatangan
13 Sept 2021
Oleh Marryan Razan
KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini melibatkan kluster tempat kerja di ladang sawit Daerah Kinabatangan dikenali sebagai Kluster Ladang Desa Jerocco 2 – Kinabatangan.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kes indeks merupakan penyelia ladang, lelaki, warganegara Indonesia, 39, yang disahkan positif COVID-19 oleh klinik panel
Lading setelah bergejala sejak 01 September 2021.
“Dengan keputusan RTK AG positif grading 100%, kes indeks telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan lanjut.
“Aktiviti persampelan kontak seterusnya mendapati 54 orang kontak sosial, pekerja dan tanggungan positif COVID-19.
“Setakat hari ini, 55 kes positif direkodkan dan semuanya adalah kes baharu yang dilaporkan. Sasatan, persampelan COVID-19 dan disinfeksi masih diteruskan di lapangan untuk menilai sebarang jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang berdekatan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Comentários