Kluster baharu Puncak Ilmu libatkan pelajar UMSKluster baharu Puncak Ilmu libatkan pelajar UMS
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kluster baharu Puncak Ilmu libatkan pelajar UMS



14 Dis 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini dikenali sebagai Kluster Puncak Ilmu - Kota Kinabalu melibatkan pelajar di Universiti Malaysia Sabah (UMS).


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster jenis institusi pendidikan melibatkan pelajar UMS dan kes indeks bagi kluster ini ialah lelaki tempatan, 22.


“Kes indeks bagi kluster ini merupakan penuntut di Fakulti Sumber Alam UMS dan tinggal di Kolej Kediaman Excellent.


“Dia mula bergejala sejak 01 Disember 2021, kemudiannya disahkan positif Covid-19 melalui saringan di Pusat Perubatan UMS pada 02 Disember 2021 dan selesai menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin Berisiko Rendah (PKRC) UMS,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, saringan terhadap kontak kes mendapati 40 lagi kes positif terdiri daripada pelajar serta kakitangan UMS.


Katanya, jumlah kumulatif bagi kluster ini ialah sebanyak 41 kes termasuk lima kes baharu. Semua kes telah diasingkan dan diberikan rawatan yang sesuai.


Mengenai jumlah kes positif baharu Covid-19 hari ini, Sabah mencatatkan sebanyak 232 kes meningkat 51 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 237,535 kes.


Masidi berkata, enam kes kematian turut dilaporkan pada hari ini iaitu dua kes di Ranau manakala masing-masing satu kes di Keningau, Penampang, Semporna dan Tawau.


"Bagi kes-kes jangkitan Covid-19 mengikut daerah, Tongod berubah dari zon jingga ke zon kuning manakala Beluran berubah dari zon merah ke zon jingga.


"Secara keseluruhannya sebanyak 19 daerah masih dalam Zon Merah, Zon Kuning (lima) dan Zon Jingga tiga daerah," katanya.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page