KLUSTER JALAN MANGGA KOTA KINABALU BERPUNCA DARI MAJLIS HARI JADIKLUSTER JALAN MANGGA KOTA KINABALU BERPUNCA DARI MAJLIS HARI JADI
top of page
  • Wartawan Nabalu News

KLUSTER JALAN MANGGA KOTA KINABALU BERPUNCA DARI MAJLIS HARI JADI


Gambar Hiasan

23 Mei 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini, iaitu Kluster Jalan Mangga di Kota Kinabalu dikesan pada 18 Mei lalu melalui saringan bergejala.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kes indeks bagi kluster ini merupakan lelaki, 69, dari Kionsom Inanam dan mengalami gejala demam sebelum disahkan positif RTK Antigen di klinik swasta.



“Hasil siasatan awal, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan ketika menghadiri majlis hari jadi di Restoran Little Nanyang Bakuteh Kolombong, Jalan Mangga pada 13 Mei lalu.


“Susulan kes itu, saringan kontak mendapati 13 lagi kes positif melibatkan ahli keluarga dan generasi kedua, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 14 kes,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.


Masidi berkata, pasukan kawalan masih giat menjalankan aktiviti pengesanan.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page