KLUSTER JAMBATAN LIAWAN, JANGKITAN DALAM KOMUNITI
top of page
  • Wartawan Nabalu News

KLUSTER JAMBATAN LIAWAN, JANGKITAN DALAM KOMUNITI


17 Julai 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini, dikenali sebagai Kluster Jambatan Liawan - Keningau melibatkan jangkitan dalam komuniti di Mukim Tuarid Taud dan Lingkudau Keningau. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kes indeks merupakan lelaki, 26, yang dikesan positif COVID-19 melalui ujian RTK-Ag dalam saringan bergejala pada 14 Julai 2021 di sebuah klinik swasta di Keningau. “Saringan kontak rapat pada 15 Julai 2021 pula mendapati enam kes RTK-Ag positif iaitu satu kes di klinik swasta dan lima kes yang dilaporkan daripada Pusat Kuarantin Sementara, IPG Keningau,” katanya dalam kenyataan akhbar, hari ini. Masidi berkata, pada 16 Julai 2021, sebanyak 38 lagi kes RTK-Ag positif dikesan hasil saringan kontak rapat di lapangan. Katanya, secara keseluruhannya, berbanding 256 kontak yang disaring, jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini mencatatkan 45 kes, termasuk 38 kes baharu. “Penularan jangkitan kluster ini juga disyaki berpunca daripada pergaulan golongan remaja di kampung dan kemudian merebak kepada ahli keluarga. “Aktiviti siasatan dan pengesanan kontak rapat masih giat dijalankan,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page