Kluster Lungkidau Ranau catat 134 kes Kluster Lungkidau Ranau catat 134 kes
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Kluster Lungkidau Ranau catat 134 kes



21 Sept 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Lungkidau - Ranau merupakan kluster jenis komuniti.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kes indeks merupakan kanak-kanak lelaki, 2, yang dikesan hasil saringan pra-kemasukan wad dengan keputusan RTK AG positif dengan grading 82% pada 07 September 2021.


"Bapa kes indeks juga turut didapati positif COVID- 19 hasil saringan pengiring kemasukan wad pada hari yang sama.


"Siasatan awal mendapati bapa kepada kes indeks mempunyai rekod menghadiri mesyuarat dan gotong-royong membersihkan lot tanah penanaman sawit di Mukim Paginatan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, siasatan lanjut mendapati terdapat beberapa aktiviti yang melibatkan perkumpulan orang, selain mesyuarat dan gotong royong pembahagian lot tanah iaitu aktiviti gotong-royong pembaikan jambatan di Kg Lungkidau dan gotong-royong merantis jalan laluan utama kereta untuk masuk ke kawasan perkuburan tersebut.


Beliau berkata, saringan kontak rapat dijalankan pada mulai 07 hingga 20 September 2021 melibatkan 177 orang dan 134 daripadanya dikesan positif termasuk tujuh kes baharu.

bottom of page