top of page
  • Wartawan Nabalu News

KLUSTER MEMPULUT KENINGAU, KLUSTER BAHARU DI SABAH



6 Nov 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kluster baharu di negeri ini, Kluster Mempulut dikenalpasti di Keningau mencatatkan sebanyak 28 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah, berkata, kes indeks bagi kluster ini dikenalpasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 31 Oktober dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah, Kompleks Sukan Keningau.

“Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 27 lagi kes positif Covid-19.

“Sehingga 6 Nov (hari ini) jam 12 tengahari, sejumlah 209 individu telah disaring, di mana 28 kes dikesan positif Covid-19 (12 kes baharu) dan 181 individu dikesan negatif,” katanya.

bottom of page