top of page
  • Wartawan Nabalu News

KLUSTER PTS, LOKAP, PENJARA, PENYUMBANG PENINGKATAN KES BAHARU DI SABAH



19 Nov 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah merekodkan kes baharu tertinggi di seluruh negara dengan 660 kes daripada jumlah keseluruhan sebanyak 1,290 kes yang dilaporkan hari ini.


Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah berkata, pelaporan kes yang tinggi di Sabah berpunca daripada kluster-kluster berkaitan Pusat Tahanan Sementara (PTS), lokap dan penjara.


Beliau berkata, kes-kes berkaitan kluster di PTS, lokap dan penjara membabitkan Kluster Penjara Sandakan (218 kes), Kluster Matambai (15 kes), Kluster Penjara Kepayan (sembilan kes), Kluster PTS Tawau (enam kes) dan Kluster GK Tawau (dua kes).


“Daripada jumlah keseluruhan kes baharu yang dilaporkan di Sabah, 418 kes adalah daripada kluster-kluster sedia ada, 144 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan 98 kes pula daripada lain-lain saringan Covid-19,” katanya.


Noor Hisham berkata, secara keseluruhannya, jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 51,680 kes.


“Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 13,222 kes,” katanya.



bottom of page