top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kluster tempat kerja dikesan di kilang sawit Kinabatangan



25 November 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini dikenali sebagai Kluster Sawit Biru - Kinabatangan merupakan kluster jenis tempat kerja yang menular di sebuah kilang sawit di Kinabatangan.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster ini mula dikesan melalui ujian saringan RTK-Ag seorang wanita, bukan warganegara, 41, yang bekerja sebagai pekerja pembersihan di kilang sawit berkenaan


“Hasil saringan mendapati, kes indeks bergejala sejak 19 November dan didapati positif Covid-19 setelah menjalani ujian saringan RTK-Ag di klinik swasta di Lahad Datu pada 22 November.


“Kes indeks seterusnya dirujuk ke Hospital Kinabatangan untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.


“Aktiviti persampelan kontak seterusnya mendapati, seramai 13 orang kontak sosial, pekerja dan tanggungan telah didapati positif Covid-19 dan telah di kuarantin dan diberi rawatan yang sesuai,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurut beliau jumlah kumulatif kes positif untuk kluster tersebut setakat ini adalah seramai 14 orang.


Mengenai jumlah kes baharu hari ini, Masidi berkata, kes harian bagi Sabah turun 109 kes berbanding semalam.


Katanya, sebanyak 513 kes positif baharu direkodkan hari ini dan empat kes kematian iaitu dua kes di Lahad Datu serta masing-masing satu kes di Kota Marudu dan Keningau.

Comments


bottom of page