top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kluster tempat kerja dikesan di Kinabatangan



21 November 2021

Oleh Wartawan News


KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini dikenali sebagai Kluster Sawit Mania - Kinabatangan merpakan kluster jenis tempat kerja yang menular di Ladang Sawit Amalania, Kinabatangan.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster ini mula dikesan melalui ujian saringan RTK-Ag seorang lelaki tempatan, 59, pemandu lori di ladang berkenaan.


“Hasil saringan mendapati, kes indeks positif 100 peratus dan telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan selanjutnya.


“Aktiviti persampelan kontak seterusnya mendapati, seramai 16 orang kontak sosial, pekerja dan tanggungan turut didapati positif COVID-19,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Mengenai jumlah kes baharu hari ini, Masidi berkata, kes harian bagi Sabah turun 108 kes berbanding semalam.


Katanya, sebanyak 437 kes positif baharu direkodkan hari ini dan dua kes kematian masing-masing di Tawau dan Beaufort.


“Daerah-daerah yang sering mencatatkan jumlah kes harian yang tinggi mencatat jangkitan secara sporadik (kategori bergejala) dalam jumlah yang banyak.


“Contohnya 45 daripada 98 kes di Kota Kinabalu hari ini adalah kes-kes melalui Saringan Bergejala, 19 daripada 39 kes di Penampang, 23 daripada 38 di Kota Belud dan 13 daripada 26 kes di Ranau.


“Secara keseluruhan 46 peratus atau 201 daripada 437 kes hari ini merupakan kes Saringan Bergejala yang berpunca daripada jangkitan secara sporadic,” katanya.


Sehubungan itu katanya, amat penting bagi semua penduduk mematuhi SOP secara serius dan berdisiplin bagi mengelak jangkitan khususnya apabila berada di tempat-tempat awam atau dalam perjumpaan secara berkumpulan.



Comentários


bottom of page