Kluster tempat kerja sebuah kilang di Sandakan, catat 116 kes positifKluster tempat kerja sebuah kilang di Sandakan, catat 116 kes positif
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Kluster tempat kerja sebuah kilang di Sandakan, catat 116 kes positif



4 September 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini merupakan kluster tempat kerja sebuah kilang papan di Sandakan mencatatkan 116 kes positif Covid-19 setakat hari ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Kluster Semawang - Sandakan itu melibatkan pekerja di sebuah kilang papan yang bekerja dan tinggal di kuarters premis tersebut.


"Pada 19 Ogos 2021, sebuah klinik swasta telah melaporkan 10 notifikasi kes positif COVID-19 kepada CPRC Sandakan.


"Kes indeks adalah pekerja lelaki, 40, bukan warganegara yang dikesan COVID-19 dengan keputusan RTK AG grading 100 peratus dalam saringan pekerjaan.


"Pada 27 Ogos 2021, tiga lagi kes baharu dikesan di lokaliti sama. Oleh itu, pengurus kilang telah membuat saringan terhadap 376 pekerja mulai 30 Ogos 2021 dan mendapati 103 orang pekerjanya disahkan positif COVID-19 melalui kaedah ujian RTK AG," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, setakat hari ini, kluster itu merekodkan 116 kes positif termasuk 103 kes baharu.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page