top of page

KOMPLEKS UJANA KEWANGAN LABUAN DITUTUP, PEKERJA POSITIF COVID-19

  • nabalunews
  • Nov 22, 2020
  • 1 min read


22 Nov 2020


LABUAN: Kompleks Ujana Kewangan Labuan di sini ditutup sementara bermula hari ini selepas beberapa pekerja di situ disahkan positif COVID-19.


Menurut Pengarah Kesihatan Labluan Dr Ismuni Bohari, penutupan itu bagi membolehkan proses sanitasi dijalankan di setiap premis di aras satu dan dua kompleks tersebut.


Keputusan penutupan itu dibuat selepas berbincang dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Labuan, mengambil kira risiko kepada orang awam dan juga pekerja di premis lain, katanya ketika dihubungi Bernama.


Sementara itu, menurut kenyataan pengurus kompleks, Financial Park (Labuan) Sdn Bhd, penutupan tersebut melibatkan kesemua bank komersial yang terletak di aras bawah.


“Disebabkan peningkatan kes melibatkan peniaga dan pekerja gerai makan serta pusat beli-belah, kompleks ini ditutup selama tiga hari,” demikian menurut kenyataan itu.


Bagaimanapun, penutupan tersebut tidak melibatkan blok pejabat 1 dan 4 serta Beta Service Apartment dan Alpha Condominium.


Semalam, Kementerian Kesihatan mengenal pasti kluster baharu Sky Coklat berpunca dari kompleks berkenaan, selepas enam pekerja di sebuah kedai di situ disahkan positif COVID-19.


Setakat semalam juga lapan individu daripada kluster itu diuji positif dengan seorang dirawat di unit rawatan rapi.


Hingga semalam, Labuan merekodkan 1,227 kes dengan empat kluster aktif iaitu Saguking, Titian,Tenaga dan yang terbaharu Sky Coklat. - Bernama

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page