top of page

Konsulat Singapura di Kota Kinabalu dibuka dalam masa terdekat

  • nabalunews
  • Apr 29
  • 1 min read

29 April 2026


KOTA KINABALU: Penubuhan Konsulat Singapura di Kota Kinabalu dijangka direalisasikan dalam masa terdekat susulan proses pembukaannya yang kini berjalan lancar.


Pengarah Pejabat Wilayah Sabah, Kementerian Luar Negeri, Clara Soon May Lynn berkata selain Singapura, pihaknya turut membincangkan cadangan penubuhan Konsulat India di negeri ini.


“Bagaimanapun, proses berkenaan masih di peringkat awal dan memerlukan perincian lanjut kerana statusnya baru sahaja diumumkan,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, di sini, pada Selasa.


Menurut Clara, selain memperkenalkan diri sebagai Pengarah Pejabat Wilayah Sabah yang baharu sejak Januari lalu, kunjungan tersebut turut bertujuan menjelaskan peranan serta fungsi utama pejabat berkenaan.


Beliau berkata, ia antaranya memperkukuh kerjasama strategik antara agensi Persekutuan dan kerajaan negeri, khususnya dalam hal ehwal luar negara.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page