top of page

Kontraktor disyaki kemukakan tuntutan palsu RM12,500 ditahan SPRM

nabalunews

9 Ogos 2024


KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang kontraktor yang disyaki membuat tuntutan mengandungi butir matan palsu berkaitan pembekalan pakaian korporat sebuah Pejabat Pendidikan Daerah di negeri ini bernilai kira-kira RM12,500.


Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 3 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah.


“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2023.


“Suspek disyaki telah membuat tuntutan palsu berkaitan pembekalan pakaian korporat bernilai kira-kira RM12,500 sedangkan pembekalan yang hanya dibuat bernilai kira-kira RM4,500.


“Hasil siasatan turut menyita wang tunai kira-kira RM8,000 yang disyaki wang pembekalan yang tidak dilaksanakan dan telah diserahkan suspek kepada seorang Pegawai Pendidikan Daerah pada akhir tahun 2023,” katanya.


Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat dibawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page