Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan: Memperkukuhkan hubungan, keserasian antara 19 parti
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan: Memperkukuhkan hubungan, keserasian antara 19 parti


14 Mei 2023

Oleh Wartawan Nabalu News

KUALA LUMPUR: Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang diadakan buat julung kali pada hari ini menyaksikan 19 parti politik yang membentuk kerajaan bersepakat untuk memperkukuhkan hubungan dan keserasian antara mereka.


Konvensyen bertemakan ‘MADANI: Mengangkat Agenda Rakyat’ ini dihadiri oleh lebih 10,000 delegasi parti politik, pemimpin parti dan penyokong. Ia juga menampilkan amanat Pengerusi Sekretariat Kerajaan Perpaduan iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pelancaran Tekad Bersama.


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO berkata konvensyen ini merupakan platform terbaik untuk menyegerakan keserasian dengan pelbagai parti yang lain.


“Mulai hari ini, kita ada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan, keserasian dengan pelbagai parti yang lain, 19 parti semuanya harus dipercepatkan keserasiannya,” katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.


Beliau juga menyeru semua pemimpin UMNO di pelbagai peringkat jawatan di Bahagian supaya mengetepikan segala perbezaan yang timbul sebelum ini terutama semasa pemilihan sesi 2023-2026.


“Kita mahu menghadapi Pilihan Raya Negeri di enam negeri, maka jentera harus digerakan dari sekarang dan yang lebih penting menyantuni pengundi tanpa parti politik,” katanya.


Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan turut menghimpunkan perwakilan dan pemimpin daripada 19 parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan iaitu PKR, UMNO, DAP, PAS, Amanah, MCA, MIC, Bersatu, Warisan, PBS, PBRS, STAR, UPKO, Gerakan, PPP, PRS, SUPP dan PBB.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page