Konvokesyen UMS ke-27 diawalkan ke 28 Nov, beri laluan PRU Sabah
- nabalunews
- 25 minutes ago
- 1 min read

22 Oktober 2025
KOTA KINABALU: Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke-27 melibatkan sidang satu dan dua akan diadakan sehari lebih awal iaitu pada 28 November berbanding tarikh asal 29 November.
UMS dalam satu kenyataan memaklumkan, pelarasan itu dibuat selepas pengumuman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan tarikh Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (DU) Sabah Ke-17 pada 29 November 2025.
“Penjadualan semula ini membolehkan graduan, ibu bapa, warga universiti dan masyarakat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi tanpa menjejaskan kelancaran majlis konvokesyen,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, UMS memaklumkan sidang tiga dan empat pada 30 November (Ahad) serta sidang lima dan enam pada 1 Disember (Isnin) akan diteruskan seperti dalam jadual asal.
UMS turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak atas kesabaran dan sokongan sepanjang proses pelarasan dilakukan serta memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul.
Graduan disarankan merujuk laman web rasmi konvokesyen UMS bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan majlis berkenaan.


















Comments