Koperasi Usahawan Tawau Berhad Sumbang RM20,000 kepada mangsa banjir di Penampang

23 Julai 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
PENAMPANG: Koperasi Usahawan Tawau Berhad (KUTB) menyumbang sebanyak RM20,000 kepada Pejabat Parlimen Penampang untuk membantu mangsa banjir yang terjejas di daerah ini.
Penyerahan sumbangan itu diserahkan oleh Ketua Consultant dalam Shariah Committee KUTB, Datuk Awang Sharin Alimin kepada Pegawai Perhubungan Penampang, Alvin Lee di Pejabat YBR Penampang hari ini.
Penyerahan itu turut disaksikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick.
Menurut Awang, KUTB prihatin dengan bencana banjir yang melanda daerah Penampang baru-baru ini.
“Koperasi kami mengambil berat tentang keadaan bencana banjir yang melanda di daerah ini.
"Oleh itu, kami terpanggil untuk membantu meringankan beban mangsa banjir yang terkesan," ujar beliau.
Bantuan sebanyak RM20,000 ini diserahkan kepada Pejabat Parlimen Penampang untuk membantu mangsa banjir yang memerlukan.
Beliau juga berharap sumbangan ini dapat membantu meringankan beban mangsa banjir selain membantu mereka agar kembali pulih dari bencana ini.
Comments