top of page
nabalunews

Kota Belud Double Dart and Singles Ladies Open 2024 bakal himpunkan pemain Dart berbakat dari seluruh Sabah


27 September 2024


KOTA BELUD: Daerah Kota Belud sekali lagi menjadi tumpuan pemain dan peminat sukan dart tempatan menerusi penganjuran Kota Belud Double Dart and Singles Ladies Open 2024 pada 28 dan 29 September ini bertempat di Dewan D'Lontupak, Purak Ogis, Kota Belud yang menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM3,000 bagi juara kategori Double Lelaki.


Kejohanan dart ini berjaya dianjurkan Kelab Dart D'Lontupak Kota Belud (D'LDC) menerusi sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick yang menyumbang RM10,000 bagi penganjurannya.


Pengerusi Penganjur, Alexius Sagun berkata rakyat Kadamaian amat bersyukur kerana mendapat sokongan Ewon selaku ADUN Kadamaian bagi membolehkan kejohanan ini dianjurkan dengan jayanya.


"Rakyat Kadamaian sangat bersyukur kerana mempunyai seorang wakil rakyat seperti YB Datuk Ewon Benedick, yang sejak 2017, sentiasa memberikan sokongan penuh kepada sukan dart di Kadamaian.


"Tahun ini, beliau telah menunjukkan komitmen dengan menyumbangkan sebanyak RM10,000 bagi memastikan kejayaan penganjuran tahunan ini.


"Bukan sahaja sukan dart, tetapi juga sukan-sukan lain seperti bola sepak (Piala Pisompuruan) dan tarik tali (Piala Pisompuruan), yang diadakan secara tahunan di DUN Kadamaian," katanya.


Alexius berharap penganjuran acara ini dapat terus memupuk semangat kesukanan di kalangan penduduk Kadamaian serta menarik lebih ramai penyertaan dari seluruh kawasan sekitar.


Katanya sokongan yang berterusan daripada YB Datuk Ewon Benedick membuktikan komitmen beliau dalam membangunkan bidang sukan di Kadamaian serta menjadikan sukan dart sebagai platform bagi mengeratkan lagi perpaduan di kalangan penduduk setempat.


Kategori Double Lelaki menawarkan hadiah wang tunai RM3,000 bagi juara dan RM1,500 bagi Naib Juara.


Manakala tempat ketiga dan keempat mendapat hadiah wang tunai RM700 serta RM300 bagi Top 8.


Top 16 dipertimbangkan jika penyertaan mencapai 48 pasukan dan mendapat tajaan.


Manakala bagi kategori wanita (Single), Juara akan menerima hadiah wang tunai RM1,000, Naib Juara, RM500, tempat ketiga dan keempat, RM250 dan Top 8, RM100 jika penyertaan mencapai 24 pemain.

Comentários


bottom of page