Kota Belud Syurga Makanan tarik penyertaan dalam pertandingan memasak, gubahan bunga
nabalunews
1 day ago
1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
18 Oktober 2026
KOTA BELUD - Program “Kota Belud Syurga Makanan” sempena Tamu Besar Kota Belud 2026 berlangsung di Dewan Belia dan Sukan Kota Belud pada 16 Oktober lalu, dengan Pertandingan Memasak dan Pertandingan Menggubah Bunga sebagai acara utama.
Majlis itu dirasmikan oleh Datin Connie Parantis, isteri kepada Timbalan Ketua Menteri III, Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan merangkap ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.

Dalam upacara berkenaan, Connie turut memasak Kuih Penjaram sebagai simbolik perasmian program. Beliau juga berkesempatan melawat tempat pertandingan memasak dan gubahan bunga, tiga demo yang dipertunjukkan serta demonstrasi membuat kuih penjaram.
Hadiah utama Pertandingan Memasak ialah wang tunai, hamper, piala dan dapur gas, manakala Pertandingan Menggubah Bunga menawarkan hadiah wang tunai. Program turut diadakan secara santai serta diserikan dengan lawatan perasmi kepada para peserta, upacara penyampaian hadiah dan cenderahati, cabutan nombor bertuah serta jamuan hi-tea bersama perasmi.

Dalam keputusan Pertandingan Memasak Tradisional Secara Hidangan Lengkap, Masni Hj Sawit dan Normalasari Parbo muncul juara; Lily Suryani Abdullah dan Masneh Rakman di tempat kedua; manakala Nuritah Sullah dan Murni Said di tempat ketiga. Pengadil terdiri daripada Bairanie Haji Japrin, Rupiah Lamsah dan Pison Jaujip.
Bagi Pertandingan Menggubah Bunga, Normala Binti Sinteh diumumkan juara, diikuti Anis Nadia Mohd Nasir di tempat kedua dan Syafiqah Binti Khamis di tempat ketiga. Pengadil ialah Mohd Faizal Abdullah dan Masrayah Haji Mensing.















Comments