top of page
  • Wartawan Nabalu News

KPDN timbang permohonan, rayuan penambahbaikan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi


12 Jun 2024

Oleh Wartawan Nabalu News

 

PUTRAJAYA: Beberapa permohonan dan rayuan berkaitan penambahbaikan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) kini sedang diteliti oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

 

Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali, dalam kenyataan terbaru, menyatakan bahawa tindakan segera akan diambil untuk pertimbangan Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel.

 

"Antara syor yang dikemukakan adalah mempertimbangkan beberapa tambahan jenis kenderaan pengangkutan barangan dalam senarai layak menikmati subsidi diesel di bawah SKDS 2.0; dan meningkatkan kuota asas sedia ada di bawah SKDS 1.0 bagi jenis kenderaan pengangkutan awam seperti bas sekolah dan bas ekspres," menurutnya.

 

Armizan menjelaskan bahawa jawatankuasa tersebut turut dianggotai oleh Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan, Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Pengangkutan Awam Darat, dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

 

"Jawatankuasa Rayuan akan mengemukakan syor bagi semua rayuan berkenaan untuk pertimbangan dan keputusan Jemaah Menteri," tambahnya.

Comments


bottom of page