KPKT PERSEKUTUAN DIGESA PERCEPATKAN PENYERAHAN PPR KIBABAIG KEPADA KERAJAAN SABAHKPKT PERSEKUTUAN DIGESA PERCEPATKAN PENYERAHAN PPR KIBABAIG KEPADA KERAJAAN SABAH
top of page
  • Wartawan Nabalu News

KPKT PERSEKUTUAN DIGESA PERCEPATKAN PENYERAHAN PPR KIBABAIG KEPADA KERAJAAN SABAH


Jennie (kanan) ketika meninjau kawasan PPR Kibabaig.

9 Mac 2021


PENAMPANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kepayan Jannie Lasimbang mendesak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Persekutuan supaya mempercepatkan penyiapan kerja tambahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kibabaig Penampang secepat mungkin agar pemohon yang diluluskan dapat menghuni dengan segera.


Bagi pertanyaan Jannie kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah (KKTP) melalui DUN pada November 2020, beliau dimaklumkan bahawa kerja tambahan di PPR Kibabaig untuk membina tembok penahan akan disiapkan akhir September 2020.



Namun, disebabkan pelbagai masalah yang dihadapi termasuk penempatan semula kabel elektrik dan gangguan kerja kerana Covid-19, ia tidak dapat diselesaikan lebih cepat dan enam blok lagi masih belum dapat dihuni.


"Saya menerima banyak rayuan mengenai permohonan PPR mereka dan saya kecewa kerana saya harus memberitahu mereka bahawa semua kerja, termasuk penyiapan jalan masuk, harus diselesaikan dahulu sebelum penyerahan seterusnya ke KKTP dan Majlis Daerah Penampang.




“Sebilangan pemohon mengatakan bahawa mereka kehilangan pekerjaan dan tidak lagi mampu membayar sewa tinggi kerana wabak Covid-19,” kata Jannie dalam satu kenyataan akhbar di sini, hari ini.


Semasa pemeriksaan di lokasi PPR hari ini, Pegawai Majlis Daerah Penampang, Riduwan Darasin menyatakan bahawa kabel elektrik dari keseluruhan lapan blok pernah dicuri sehingga mengakibatkan kerugian besar.


Pasukan pemeriksaan juga melihat bahawa kawasan sekitarnya yang tidak berpenghuni dipenuhi semak dan tumbuhan yang tidak terkawal.


"KPKT telah menyediakan dana untuk perkhidmatan keselamatan yang lebih baik tetapi dana tambahan juga diperlukan untuk membolehkan penyelenggaraan persekitaran secara berkala sementara menunggu kerja lain disiapkan,” katanya.


Ketika dihubungi Pejabat ADUN Kapayan, kontraktor mengatakan bahawa SESB dijangka menyelesaikan penempatan semula kabel elektrik bawah tanah dalam tempoh satu atau dua minggu dan penyambungan tembok penahan dijangka siap pada Jun 2021.


bottom of page