top of page

KPLB SABAH SEDANG PROSES PERAKUAN JPKK DI SABAH

  • Wartawan Nabalu News
  • Nov 30, 2020
  • 1 min read

30 NOV 2020


Oleh Wartawan Nabalu News

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS) telah memproses 40 hingga 45 peratus permohonan serta perakuan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di seluruh negeri setakat ini.

Menterinya, Datuk Jahid Jahim berkata, peratusan tersebut merangkumi jumlah yang telah dikemukakan di Pejabat Daerah, yang mempunyai persefahaman dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

“Kita mengharapkan supaya untuk kemudahan rakyat kita menerima perakuan yang lengkap bagi mempermudahkan pihak kementerian memprosesnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan JPKK Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli di Dewan KPLB Sabah, di sini, hari ini.

Pada majlis itu seramai 64 Pengerusi JPKK menerima watikah pelantikan dan merupakan kumpulan pertama mendapat pelantikan dari seluruh Sabah manakala kumpulan seterusnya akan menyusul.

Turut hadir Pembantu Menteri II, Samad Jambri@Jamri dan Setiausaha Tetap KPLB Sabah Datuk Fredian Gan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page