top of page

KPM komited kurangkan beban tugas guru

  • Wartawan Nabalu News
  • Feb 15, 2023
  • 1 min read

15 Februari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus komited untuk mengurangkan beban tugas guru agar kebajikan golongan tenaga pengajar terpelihara.


Menerusi kenyataan KPM, guru kini diberi pilihan untuk merekod dan melapor tahap penguasaan pentaksiran bilik darjah (PBD) murid bagi sesi akademik 2022/2023 secara luar talian atau secara hybrid.


"KPM amat prihatin akan isu yang dihadapi oleh para guru untuk merekod dan melaporkan tahap PBD murid dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB).


"Oleh itu, guru diberi autonomi untuk memilih sama ada untuk merekod dan melaporkan tahap penguasaan PBD secara luar talian atau menggunakan SPPB (secara hibrid)," kata kenyataan itu.


Terdahulu, dilaporkan bahawa Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) tidak berfungsi dengan baik dan akan ditutup sementara untuk ditambah baik.


Tindakan itu diambil KPM susulan rungutan daripada warga pendidik ekoran kesukaran mengakses SPPB untuk merekod dan melapor tahap penguasaan PBD menggunakan sistem itu.


Dalam pada itu, KPM memaklumkan templat baharu untuk pengisian PBD bagi pelaporan ujian akhir sesi akademik 2022/2023 secara luar talian akan disediakan sebagai alternatif.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page