top of page

KPM Terus Perkukuh Ekosistem Pendidikan Digital, Teknologi Dan AI

  • nabalunews
  • Apr 17
  • 1 min read


17 April 2025


KOTA KINABALU: “Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang dalam usaha untuk terus memperkukuh ekosistem pendidikan digital, Kecerdasan Buatan (AI) dan teknologi.


Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, ia adalah selaras dengan perkembangan pesat arus teknologi global.


Katanya, tumpuan ketika ini khusus kepada pengukuhan prasarana dan juga melalui dasar pendidikan digital negara.



“Ia juga melihat kepada mengukuhkan pelan pengguna pendidikan yang baru dan pelaksanaan kokurikulum yang akan datang.


"Ini menunjukkan komitmen di peringkat pendidikan dan warga pendidikan bahawa kepentingan pendidikan digital, teknologi dan AI ini yang mesti diambil peluang ketika ini untuk terus diperkukuhkan,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Seminar Kepimpinan Madani : Cakna Pendidikan Digital di Dewan Resital UMS di sini hari ini.


Fadhlina berkata, pengukuhan ekosistem pendidikan digital, AI dan teknologi ini akan melalui pelbagai segmen dan juga peringkat.


Sementara itu, pada majlis berkenaan, satu resolusi berkaitan pendidikan turut diadakan sebagai simbol komitmen bersama warga pendidikan terhadap masa depan pendidikan digital negara.


Fadhlina berkata, warga pendidik menekankan kepentingan membina jati diri dan nilai murni dalam kalangan pelajar di samping kemajuan teknologi.


“Dalam kita menempuh arus rempuhan teknologi, asas paling penting iaitu akhlak dan nilai tetap perlu diperkukuh.


"Sebab itu, pendidikan karakter akan menjadi salah satu fokus utama dalam kurikulum baharu nanti, selari dengan pengukuhan ekosistem dan prasarana digital yang sedang diusahakan,” katanya.


Menurutnya, program ini sekali gus menjadi landasan penting bagi memperkukuhkan kerjasama antara pihak kementerian, institusi pendidikan dan industri ke arah memperkasa masa depan pendidikan negara.

1 Comment


FERI SUSANTO
FERI SUSANTO
May 08

Kabar4d Unlock Jackpot: Waktunya Bawa Pulang Hadiah Mewah Fantastis!

Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page