top of page
Wartawan Nabalu News

Krisis air UCA2, penduduk mahu penyelesaian



20 Nov 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Ribuan penghuni Universiti Condo Apartment 2 (UCA2) yang menghadapi masalah bekalan air sejak enam bulan lalu mengesa pihak bertanggungjawab membantu menyelesaikan masalah itu.


Dalam tempoh enam bulan yang lalu, catuan bekalan air di kawasan perumahan itu dilaksanakan, namun sejak 10 hari lalu masalah air bertambah kritikal kerana langsung tiada air. Walaupun bekalan air dihantar menggunakan lori namun ia tidak mencukupi.


Keadaan itu memaksa penghuni mencari alternatif sendiri mendapatkan air untuk kegunaan harian termasuk membeli air, mengangkut air dan menghantar pakaian ke dobi.


Seorang penduduk, Leha Lee, 34 berkata, masalah itu menyebabkan ramai penduduk menderita sehingga memberi kesan kepada kesihatan mental dan juga emosi.


Leha Lee, 34

“Tolong dengar rintihan kami … kami sudah menderita terlalu lama. Warga emas, wanita yang baru bersalin dan kanak-kanak terpaksa mengangkat air ke rumah masing-masing.


“Apartmen ini ada empat tingkat, penghuni yang tinggal di tingkat empat terpaksa juga angkat air dari tingkat bawah ke tingkat empat…cuba bayangkan kesengsaraan kami.


“Sebab itu kami terpaksa mencari inisiatif sendiri termasuk mencari air di masjid dan stesen minyak untuk kegunaan harian,” katanya ketika ditemui media hari ini.


Seorang penjawat awam, Ganesh Roa, 33, berkata pada awalnya, pelaksanaan catuan air dilaksanakan dua kali sehari iaitu dari 5 pagi hingga 9 pagi dan 5 petang hingga 9 malam.

Ganesh Roa, 33,

“Pada masa itu, penduduk masih boleh terima sebab kami fikir mungkin masalah ini akan berakhir dalam masa sebulan, tetapi masalah ini berlanjutan sehingga sekarang.


“Malah catuan air telah berkurang kepada hanya tiga jam sehari. Bayangkan kami yang bekerja terutama saya yang tinggal seorang. Bagaimana mengangkut air, menyimpan air?


“Saya sangat terganggu dengan masalah ini sehingga saya terpaksa membawa ibu bapa yang datang melawat saya untuk tinggal di hotel,” katanya.



Tags:

Comentarios


bottom of page