top of page

KSTI Ambil Perhatian Isu Kekurangan Guru SJKC Di Sabah

  • nabalunews
  • 6 hours ago
  • 1 min read

3 Februari 2026


KOTA KINABALU: Isu kekurangan guru yang berpanjangan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di negeri ini, perlu diambil perhatian serius dan tindakan segera.


Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk James Ratib berkata, masalah kekurangan guru akan memberi kesan terhadap kualiti pengajaran serta operasi harian sekolah.


Sehubungan itu katanya, usaha penempatan guru terlatih tempatan perlu dipertingkatkan agar pembelajaran dapat diteruskan di negeri ini.

“Isu kekurangan guru di SJKC perlu ditangani dengan pendekatan yang praktikal dan bersepadu supaya pendidikan di negeri ini terus berkualiti dan inklusif.


“Saya memuji komuniti Cina atas semangat “pendidikan untuk semua” yang memberi manfaat kepada anak-anak pelbagai kaum serta menyumbang besar kepada pembangunan pendidikan Sabah,” katanya.


Menurutnya, semua pihak perlu terus bekerjasama bagi memastikan masa depan pendidikan di Sabah dapat diperkukuh bersama,” katanya.

Kenyataan ini dibuat susulan kunjungan hormat delegasi Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Jenis Kebangsaan Negeri Sabah (Sabah Dong Lian) ke pejabat beliau pada Isnin.


Dalam pertemuan itu, delegasi berkenaan menyerahkan satu Memorandum Pendidikan yang menggariskan secara terperinci cabaran yang dihadapi sekolah-sekolah berkenaan, khususnya berkaitan kekurangan guru.


Pengerusi Sabah Dong Lian, Datuk Ben Lim Kiat Kong, menjelaskan lawatan berkenaan bertujuan menyampaikan secara langsung kepada Menteri berhubung masalah kronik kekurangan guru yang dihadapi SJKC di Sabah.


Katanya, beliau berharap kerajaan negeri dapat menyalurkan sokongan yang lebih menyeluruh, khususnya dari segi dasar serta langkah-langkah praktikal yang boleh dilaksanakan segera bagi membantu sekolah-sekolah terlibat.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page