KSTI, JHEWA berjaya anjur Progam Webinar Wanita dan Perubatan SainsKSTI, JHEWA berjaya anjur Progam Webinar Wanita dan Perubatan Sains
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

KSTI, JHEWA berjaya anjur Progam Webinar Wanita dan Perubatan Sains




28 Sept 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) dan Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) berjaya menganjurkan Progam Webinar Wanita dan Perubatan Sains sempena sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Sabah 2021.


Pengarah JHEWS Rusnah Kuyung berkata, tujuan webinar itu dianjurkan adalah untuk memberi inspirasi kepada wanita dalam mempertingkatkan keyakinan diri, kesihatan dan keceriaan dalam mengejar kejayaan peribadi dan organisasi.


“Selain itu, ia juga sempena merayakan bulan Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Sabah yang diraikan pada 26 Ogos 2021.


“Walaupun dalam menghadapi pandemik ini, KSTI dan JHEWA masih memeriahkan acara sambutan dalam cara baharu iaitu wanita bertemu melalui alam maya,” katanya.


Rusnah berharap melalui webinar Wanita dan Perubatan Sains ini dapat memberikan inspirasi kepada wanita-wanita untuk kekal anggun, cantik dan sentiasa sihat.


Antara topik menarik yang dibincangkan oleh para penceramah jemputan ialah Wanita dan Perubatan Sains Dalam Perjuangan Menghapuskan Covid-19 dan Wanita dan Kecantikan Dari Sudut Sains.


Webinar itu disertai ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan yang terdiri daripada wanita, para pemimpin wanita dalam pelbagai sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).

bottom of page