Ku Li Minta Dipindahkan Ke Blok MP Bebas di Dewan RakyatKu Li Minta Dipindahkan Ke Blok MP Bebas di Dewan Rakyat
top of page
  • nabalunews

Ku Li Minta Dipindahkan Ke Blok MP Bebas di Dewan Rakyat



27 Julai 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, memohon supaya tempat duduknya dalam Dewan Rakyat dipindahkan ke blok Bebas.


Surat bertarikh 26 Julai itu dikemukakan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.


“Saya tidak ingin terus berada di kerusi yang telah disediakan untuk saya dalam Dewan Rakyat bersama-sama dengan lain-lain anggota Dewan Rakyat yang ditempatkan dalam kumpulan seolah-olah menjadi penyokong kerajaan yang ada.


“Dengan makluman ini saya mohon mendapat persetujuan dan kerjasama Yang di-Pertua memindahkan tempat duduk saya ke suatu kerusi dalam Dewan Rakyat berhampiran dengan kumpulan ("block") Bebas yang tidak menyokong kerajaan sekarang ini.


“Dari awal lagi saya tidak pernah menyokong atau bersama-sama dengan kerajaan yang ditubuh yang mengguna nama kerajaan 'Perikatan Nasional".


“Saya belum mengetahui sama ada anggota anggota Dewan Rakyat yang lain daripada parti saya telah berurusan dengan Yang di-Pertua mengenai tempat duduk mereka dalam Dewan Rakyat,” katanya dalam surat itu.


Katanya lagi: “walau apa pun yang dilakukan oleh mereka ini saya dengan sukahati mohon berpindah ke tempat lain yang sewajarnya, bersesuaian dengan semangat perjuangan Barisan Nasional/UMNO terutama sekali pengundi saya, ahli-ahli UMNO dan rakyat Malaysia supaya sedikit pun tidak boleh dianggap sebagai penyokong Kerajaan Gagal ini”.


Sementara itu, Ahzar Azizian dalam kenyataan media hari ini mengesahkan telah menerima surat daripada Ahli Parlimen Gua Musang, mengenai permohonan untuk menukar tempat duduk sedia ada dalam Dewan Rakyat ke tempat baru berhampiran dengan blok Bebas.


”Selaku Yang di-Pertua Dewan Rakyat saya mengambil maklum keputusan Ahli Parlimen Gua Musang tersebut dan telah mengarahkan Setiausaha Dewan Rakyat mengambil tindakan sewajarnya,” katanya

bottom of page