top of page

KUAT KUASA PERATURAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 2020 DILANJUT SEHINGGA 31 MAC

nabalunews

1 JAN 2021


KUALA LUMPUR: Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 serta Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020, di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dilanjutkan, bermula hari ini sehingga 31 Mac depan.

Warta Kerajaan Persekutuan yang mengandungi peraturan dan perintah pencegahan itu disiarkan oleh Jabatan Peguam Negara, menerusi laman sesawangnya, hari ini.

Pelanjutan penguatkuasaan peraturan itu melibatkan Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelanjutan Kuat Kuasa) (No.7) 2020; Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.9) 2020 dan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Fi Bagi Ujian Pengesanan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) (Pindaan) (No.2) 2020.

Turut dilanjutkan ialah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Layanan Perubatan Dan Penyaranan Orang Yang Di Pindahkan Ke Stesen Kuarantin) (No.2) (Pindaan) 2020 dan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengkompaunan Kesalahan-Kesalahan) (Pindaan) (No.13) 2020. - Bernama

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page