top of page

Kutipan Dana PKSKKB Terima Sambutan Hangat di Kadamaian Square

  • nabalunews
  • May 5
  • 1 min read

Oleh Wartawan Nabalu News: Kidd


5 Mei 2026


KOTA BELUD: Program kutipan dana melalui perkhidmatan sukarelawan anjuran Persatuan Kebajikan Semangat Kasih Kota Belud (PKSKKB) yang berlangsung pada 2 hingga 3 Mei 2026 di Kadamaian Square, Taginambur, telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai. Program ini melibatkan seramai 15 orang sukarelawan terdiri daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) dan ahli persatuan, dipengerusikan oleh Puan Dukilin Salapi dengan Puan Cathy bertindak sebagai bendahari.


Antara AJK dan sukarelawan yang terlibat termasuk Mainie selaku Pengerusi PKSKKB, Caroline Daruan sebagai bendahari, Carthney sebagai setiausaha, serta ahli lain seperti Salbiah, Angela, Jasintah, Lotihim, Rozita, Loren, Joy, Ruzati dan Caroline Sipin. Program ini bertujuan mengumpul dana melalui pelbagai aktiviti termasuk jualan bundle serta perkhidmatan seperti urutan kaki dan tangan, urutan bahu, kepala dan belakang, rawatan kuku, cabut kening, mekap dan pemasangan bulu mata palsu serta gunting rambut.

Menariknya, ini merupakan kali pertama booth perkhidmatan seumpama ini diperkenalkan oleh pihak persatuan, dan sambutan yang diterima amat luar biasa. Permintaan tinggi daripada pengunjung menyebabkan para sukarelawan sentiasa sibuk dan tidak menang tangan dalam memenuhi keperluan pelanggan. Program ini turut menyerlahkan penglibatan aktif golongan wanita dalam bidang perkhidmatan, sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk menyumbang kepada masyarakat serta menjana dana bagi persatuan.

Pihak penganjur berharap agar lebih ramai individu akan tampil menjadi sukarelawan pada masa akan datang berikutan sambutan yang amat memberangsangkan daripada komuniti setempat. Dalam masa yang sama, pihak penganjur turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Datuk Ewon Benedick atas sumbangan penyediaan makan dan minum sepanjang program berlangsung, yang banyak membantu memastikan kebajikan sukarelawan terjaga serta kelancaran acara.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page