top of page
  • Wartawan Nabalu News

Lantikan ahli korporat sebagai menteri jadikan kementerian bebas daripada gangguan politik – PM



13 Disember 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelantikan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, CEO Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sebagai Menteri Kewangan II merupakan langkah yang tepat.


Jelas Anwar lantikan ini akan membawa MoF ke arah yang lebih profesional dan bebas dari pengaruh politik.


"Pandangan peribadi saya, untuk Kementerian Kewangan selain diketuai oleh saya, kita mesti mempunyai pasukan profesional yang kuat untuk memastikan kita berada di landasan yang betul," ujar Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media semalam.


Tambah Anwar, pentingnya sebuah kementerian yang fokus pada pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat tanpa gangguan politik.


"MoF perlu memberi tumpuan kepada ekonomi dan tidak dicerminkan oleh tekanan politik."


Perdana Menteri juga menegaskan bahawa prestasi cemerlang Datuk Seri Amir Hamzah sebagai CEO KWSP adalah faktor utama dalam keputusan lantikannya.


"Beliau telah menunjukkan kecekapan dan kebolehan yang cukup serta telah menguruskan KWSP dengan cara yang sangat mengagumkan dan memuaskan," kata Anwar.


Comments


bottom of page