top of page
Writer's pictureIlona Andrew

Lapangan terbang KK kembali rancak


1 Nov 2021

Oleh Ilona Andrew


KOTA KINABALU: Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) yang dahulunya senyap berikutan larangan perjalanan rentas negeri kini dipenuhi orang ramai setelah Sabah menarik semula larangan itu mulai hari ini.


Bagi memastikan langkah-langkah pencegahan Covid-19 diamalkan, semua orang di dalam premis itu diwajibkan menggunakan pelitup muka dan mematuhi penjarakan sosial satu meter.


Dengan jumlah kedatangan orang yang ramai yang dilihat hari ini, aktiviti pelancongan dan ekonomi di negeri ini dijangka akan bertambah baik tidak lama lagi.


Ini juga bermakna ia akan memberi manfaat kepada syarikat penerbangan, hotel, pemandu e-hailing dan pemain industri pelancongan yang lain yang telah terkesan sejak wabak Covid-19 melanda negara ini pada Mac tahun lalu.


Sebelum ini, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembukaan perjalanan rentas negeri untuk lawatan sosial dan pelancongan bermula 1 November.


Bagaimanapun, hanya individu yang telah divaksin sepenuhnya dan telah menjalani ujian RT-PCR atau RTK-Antigen tiga hari sebelum perjalanan sahaja yang dibenarkan untuk merentas negeri.


Sementara itu, remaja berumur 12 hingga 18 tahun perlu menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin dan kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun harus ditemani oleh ibu bapa yang menerima vaksin penuh.

Comments


bottom of page