top of page

Larangan Menjaja di Tandek Berkuat Kuasa Serta-Merta

  • nabalunews
  • Feb 26
  • 1 min read

Oleh: Romie Stanley DGuns


26 Februari 2026


KOTA MARUDU: Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) mengeluarkan notis penguatkuasaan yang menegaskan larangan menjaja di beberapa lokasi terpilih di Pekan Tandek dengan serta-merta semalam melalui halaman rasmi media sosial.


Kawasan yang terlibat dengan larangan ini merangkumi sepenuhnya Pekan Sedco Tandek, kawasan kiosk dan sekitar Sekolah Tandek. Tindakan tegas ini diambil selaras dengan peruntukan di bawah Local Government Ordinance 1961 (Sabah Cap. 132) serta Undang-Undang Kecil Majlis Daerah Kota Marudu yang sedang berkuat kuasa.


Menurut kenyataan MDKM, pihaknya tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kehilangan peralatan dan barangan sekiranya operasi pengalihan atau sitaan terpaksa dilaksanakan terhadap individu yang ingkar. Tindakan penguatkuasaan ini dilaksanakan demi menjaga aspek keselamatan, kebersihan serta ketenteraman awam di kawasan terbabit.


MDKM menegaskan bahawa negara Malaysia mempunyai undang-undang yang perlu dihormati dan dipatuhi oleh semua pihak, sama ada di peringkat negeri mahupun daerah. Setiap tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan adalah berdasarkan peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan.


Bagi memudahkan urusan orang ramai, sebarang pertanyaan atau aduan berhubung perkara ini boleh dikemukakan melalui emel rasmi MDKM atau secara dalam talian melalui sistem i-Aduan Sabah di pautan https://i-adu.sabah.gov.my/. Saluran ini disediakan bagi memastikan setiap aduan direkod dan diambil tindakan sewajarnya oleh pihak berkaitan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page