• nabalunews

LARIAN OBOR OLIMPIK DIADAKAN TANPA PENONTON


Obor Olimpik

16 Mac 2021

TOKYO: Acara larian obor Olimpik Tokyo akan diadakan tanpa kehadiran penonton untuk mencegah penyebaran COVID-19, lapor Jiji Press, memetik jawatankuasa penganjur kelmarin.

Hanya mereka yang terlibat akan menyertai acara tersebut, yang dijadualkan 25 Mac di pusat latihan bola sepak J-Village di wilayah Fukushima, timur laut Jepun.


Pemain pasukan bola sepak kebangsaan "Nadeshiko Japan", yang menjuarai Piala Dunia Wanita FIFA 2011, diberi penghormatan menjadi pelari pertama. Acara itu akan disiarkan secara langsung melalui laman web jawatankuasa.

Obor itu akan menjelajah ke seluruh 47 wilayah Jepun sebelum upacara pembukaan di Stadium Nasional Jepun di Tokyo pada 23 Julai. - Bernama

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com