top of page

Lawatan pertama Soccom SPCR selepas pandemik Covid-19

  • Wartawan Nabalu News
  • Jul 25, 2022
  • 2 min read

Clarence menyampaikan cenderahati kepada Lily sambil diperhati oleh anggota Soccom SPCR.

25 Julai 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Komiti Komunikasi Sosial dan Multimedia (Soccom) Paroki St.Peter Claver Ranau (SPCR) akhirnya dapat mengadakan Program Trip Outing Soccom 2022 ke Kota Kinabalu, baru-baru ini, setelah dua tahun tergendala.


Program Trip Outing kali keempat sejak penubuhannya pada April 2017 itu disertai 12 ahli diketuai Pengerusinya, Clarence G Dol.


Sebelum ini komiti tersebut pernah mengadakan program yang sama ke Kota Belud, Tuaran dan Tambunan, namun aktiviti itu terhenti sejak pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia pada 2020 dan 2021.


Ahli Soccom SPCR sempat mengedarkan majalah Effatha keluaran komiti itu kepada salah seorang kakitangan di CAC KK.

Dalam program kali ini, ahli-ahli Soccom yang turut disertai beberapa ahli keluarga terdekat sempat melawat pejabat Katolik Sabah, Kedai Barangan Kudus di Catholic Archdiocese Centre (CAC) dan juga melawat bekas paderi Paroki Ranau, Rev Fr Francis Tsen di Emmaus Home.


Semasa lawatan ke pejabat Katolik Sabah, rombongan Soccom SPCR disambut oleh kakitangan senior akhbar berkenaan iaitu, Lily Akau dan Caterine Musa yang membawa para pelawat melihat sekitar pejabat berkenaan.


Sebagai komiti yang sememangnya terlibat secara langsung terhadap penyebaran berita, maklumat dan fakta berkenaan Gereja Katolik melalui media massa seperti media cetak dan elektronik, aktiviti tersebut memberikan banyak pengalaman baru kepada para ahli.


Ahli Soccom SPCR merakamkan kenangan bersama Fr Francis Tsen di Emmaus Home.

Lily dan Caterine memberi sedikit perkongsian bagaimana proses sesuatu berita itu diperolehi daripada sumber-sumber luar sehinggalah ia terpapar di dada akhbar Katolik Sabah bagi tatapan para pembaca di seluruh Sabah.


Lawatan ke Kedai Barangan Kudus CAC juga membuahkan hasil apabila ramai di kalangan ahli dapat membeli barangan di sana sambil mendapatkan stok barangan kudus seperti statue dan lain-lain untuk dibawa balik dan dijual semula di Ranau.


Program diteruskan dengan lawatan ke Emmaus Home di mana Fr Francis kini tinggal bersama penjaganya. Beliau yang kelihatan gembira dan sihat, menyambut kehadiran rombongan dengan kemesraan yang terpancar pada wajahnya.



Para ahli turut merasa gembira dan dapat melepaskan rindu kepada Fr Francis yang sebelum ini melayani di Paroki SPCR sebelum berehat di Emmaus Home memandangkan usianya yang sudah lanjut pada umur 80 dan pergerakan fizikalnya terbatas.


Dalam pertemuan singkat itu, Father sempat memberkati beberapa orang ahli Soccom dan beramah mesra bersama-sama sebelum rombongan terpaksa meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.


Sementara itu, Clarence mengucapkan terima kasih kepada para ahli yang meluangkan masa untuk mengikuti program kali ini dan mendorong supaya mereka terus komited dalam pelayanan melalui komiti ini.



 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page