Lebih 1,700 hektar kebakaran terbuka dipadam Bomba Sabah
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Lebih 1,700 hektar kebakaran terbuka dipadam Bomba Sabah



16 Mac 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sejak Januari lepas, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah telah Berjaya memadamkan kebakaran terbuka seluas 1,721.29 hektar kata Pengarahnya Abdul Razak Muda.

 

Beliau berkata, JBPM Sabah kini sedang berusaha memadamkan 62.56 hektar kawasan yang masih terbakar, dengan kebanyakannya berada di kawasan pantai barat negeri itu.

 

"JBPM Sabah menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka terutama ketika musim kemarau dan cuaca panas ini. Mereka yang didapati berbuat demikian boleh dikenakan tindakan undang-undang," kata Abdul Razak Muda ketika dihubungi Bernama semalam.


Dalam tempoh yang sama, bomba telah menerima 1,011 laporan kebakaran terbuka. Kejadian tertinggi melibatkan kebakaran belukar dan lalang iaitu 580 kes, diikuti oleh kebakaran hutan (368 kes), kebakaran kebun dan ladang (59 kes) dan kebakaran tanah gambut (empat kes).

 

Tuaran menjadi kawasan dengan laporan kebakaran terbuka paling banyak dengan 220 kejadian, diikuti oleh Kota Belud (140), Kota Kinabalu (95), Lintas (82), Penampang (63), manakala Kimanis dan Kuala Penyu masing-masing dengan 58 laporan.

 

Sementara itu, Timbalan Pengarah JBPM Sabah Farhan Sufyan Borhan berkata pihaknya sedang memantau rapi kawasan berisiko tinggi berlaku kebakaran di negeri itu terutama di kawasan yang mempunyai tanah gambut.

 

Beliau berkata kawasan tanah gambut kira-kira 200,000 hektar di Beaufort antara kawasan tumpuan JBPM Sabah kerana ia mendatangkan kesan besar sekiranya berlaku kebakaran terbuka di lokasi itu.


"Kawasan tanah gambut di Beaufort yang kedua terbesar di negara ini selepas kawasan di Sarawak. Apabila berlaku kebakaran di tanah gambut ini usaha memadam bukan mudah dan akan menyebabkan jerebu yang amat tinggi," katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page