top of page

Lebih 123,000 syarikat berdaftar dengan CIDB

  • nabalunews
  • Feb 25, 2024
  • 1 min read

24 Februari 2024


KUALA PERLIS, Perlis: Sejumlah 132,579 syarikat telah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) setakat Januari lepas.


Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 75,758 kontraktor telah diberikan pengiktirafan Sijil Taraf Bumiputera (STB).


“Ini menunjukkan penglibatan bumiputera begitu besar, dan saya percaya isu-isu ekonomi bumiputera termasuk kontraktor ini akan dibangkitkan dalam Kongres Ekonomi Bumiputera yang akan bersidang pada minggu depan bermula 29 Februari hingga 2 Mac,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis makan malam bersama ahli Persatuan Kontraktror Bumiputera Malaysia (PKBM) Perlis di sini semalam.


Ewon berkata, kementeriannya bersedia mengangkat dan melaksanakan resolusi kongres itu nanti yang akan dibincangkan dalam Jemaah Menteri, selain menyatakan komitmennya untuk memperkasakan ekonomi bumiputera, termasuk kontraktor bumiputera.


Sementara itu, beliau berkata sumbangan RM50,000 di bawah peruntukan khasnya sebagai menteri diberikan kepada PKBM Perlis untuk melaksanakan aktiviti persatuan, antaranya membiayai yuran kursus CIDB dan aktiviti lain bertujuan membantu kapasiti ahlinya. – Bernama

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page