LEBIH 138,000 BAKUL MAKANAN DIAGIH SETAKAT INILEBIH 138,000 BAKUL MAKANAN DIAGIH SETAKAT INI
top of page
  • nabalunews

LEBIH 138,000 BAKUL MAKANAN DIAGIH SETAKAT INI


5 Nov 2020


KOTA KINABALU: Sebanyak 138,452 bakul makanan telah diagih kepada golongan sasar di 27 daerah seluruh Sabah setakat hari ini, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Ir Shahelmey Yahya.

Dalam satu kenyataan di sini beliau berkata pengagihan bakul makanan itu membabitkan daerah Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Tuaran, Kalabakan, Ranau, Tambunan, Kota Belud, Beaufort dan Kuala Penyu.

Pengagihan turut dilaksanakan di Kota Marudu, Tenom, Kinabatangan, Keningau, Kudat, Pitas, Sipitang, Nabawan, Beluran, Telupid dan Tongod.

Katanya hari ini sahaja sebanyak 5,204 bakul makanan diagihkan di 22 daerah.

Daripada jumlah itu, 1,400 bakul makanan diagihkan di Kudat, diikuti Kalabakan (1,000), Keningau (488), Beaufort (426), Semporna (300), Kuala Penyu (234), Kinabatangan (221), Kunak (200), Tuaran (133), Kota Belud (123), Sandakan (111), Pitas (102), Papar (83) dan Penampang (71).

Sementara itu 69 bakul makanan diagihkan di Tenom, Kota Kinabalu (66), Ranau (59), Telupid (33), Tongod (24), Putatan (22), Nabawan (20) dan Beluran (19).

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page