top of page
  • Wartawan Nabalu News

LEBIH 230,000 BAKUL MAKANAN DIAGIHKAN DI SELURUH SABAH


Penyampaian sumbangan di Papar.

25 Nov 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sebanyak 230,377 bakul makanan (food basket) telah diagihkan kepada penduduk kampung di 27 buah daerah di seluruh Sabah setakat hari ini.


Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Ir.Shahelmey Yahya berkata, daerah-daerah itu ialah Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Tuaran, Kalabakan, Ranau, Tambunan, Kota Belud, Beaufort, Kuala Penyu, Kota Marudu, Tenom, Kinabatangan, Keningau, Kudat, Pitas, Sipitang, Nabawan, Beluran, Telupid dan Tongod.


“Pada hari ini, sebanyak 6,126 bantuan bakul makanan diagihkan melibatkan 20 daerah iaitu Kota Kinabalu (214), Sandakan (135), Tawau (389), Kunak (64), Beluran (264), Tongod (197), Putatan (46), Papar (19), Nabawan (146).


“Kota Belud (293), Beaufort (1,731), Sipitang (51), Keningau (1,054), Tenom (380), Ranau (71), Tambunan (289), Kudat (118), Kuala Penyu (327), Kinabatangan (223) dan Kota Marudu (115),” katanya dalam kenyataan akhbr, di sini, hari ini.

bottom of page