Lebih 400,000 calon SPM mula menduduki peperiksaan bertulis hari ini
- nabalunews
- Jan 2
- 1 min read

2 Januari 2025
KUALA LUMPUR: Perjalanan lebih 400,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 bermula hari ini apabila mereka menduduki peperiksaan bertulis di 3,000 pusat peperiksaan seluruh negara, dengan Kertas Bahasa Melayu 1 menjadi pembuka tirai pada jam 8.15 pagi.
Menurut laporan Bernama, cuaca cerah di kebanyakan negeri memberikan kelancaran kepada calon menuju ke pusat peperiksaan, walaupun terdapat beberapa kawasan di Kelantan, Johor, dan Perak yang masih terjejas akibat banjir.
Di Kuala Lumpur, seramai 20,676 calon menduduki peperiksaan di 160 pusat peperiksaan, termasuk 15,846 calon sekolah kerajaan, 238 calon sekolah agensi kerajaan, 2,626 calon sekolah swasta, dan 1,966 calon persendirian.
"Kita juga menguruskan sembilan calon yang menduduki peperiksaan di hospital sekitar Kuala Lumpur kerana masalah kesihatan," kata Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Megat Affandi Ismail.
Beliau turut memaklumkan bahawa seramai 110 calon merupakan Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK) yang ditempatkan di pusat peperiksaan khas mengikut keperluan mereka.
Comments