top of page
  • Wartawan Nabalu News

Lebih 500 murid sekolah rendah di Sipitang terima bantuan YBR


30 November 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


SIPITANG: Seramai 505 murid dari tujuh sekolah di zon timur Sipitang menerima sumbangan bantuan persekolahan daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR).


Kesemua penerima sumbangan daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Long Pasia, SK Meligan, SK Ulu Bole, SK Solob, SK Kelangsat, SK Kebawang dan SK Mendulong.


Program anjuran YBR dengan kerjasama Persatuan Kebudayaan Lundayeh Sabah (PKLS) yang diadakan di Kampung Mendulong itu disempurnakan oleh Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang.

Philip berkata, sumbangan itu bertujuan membantu murid-murid kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan kewangan melanjutkan pelajaran.


“Saya berharap sumbangan ini dapat meringankan beban ibu bapa dan penjaga murid, serta memberi motivasi kepada murid-murid untuk belajar dengan lebih gigih,” katanya.


Turut hadir Presiden PKLS, Datuk Pengiran Lalung, guru besar sekolah-sekolah zon timur daerah Sipitang, pegawai dan penolong pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Sipitang, guru-guru dan para pemimpin setempat.

Comentários


bottom of page