Lebih 70 peratus penduduk remaja di Sabah telah terima dos pertama vaksin
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Lebih 70 peratus penduduk remaja di Sabah telah terima dos pertama vaksin Covid-19


15 April 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Seramai 333,303 orang atau 78.20 peratus penduduk remaja telah menerima dos pertama vaksin Covid-19, setakat ini.


Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Masidi Manjun berkata, manakala seramai 317,175 atau 74.42 peratus daripada golongan tersebut yang telah lengkap dos vaksin.


“Bagi penduduk kanak-kanak pula, seramai 101,289 atau 24.62 peratus orang telah menerima satu dos vaksin, manakala penduduk kanak-kanak yang telah lengkap dos vaksin adalah seramai 13,570 atau 3.30 peratus.


“Sabah telah mencatatkan penurunan jangkitan Covid-19 baharu iaitu sebanyak 122 kes kelmarin (14 April).


Secara keseluruhan, kedudukan semasa di semua daerah di Sabah adalah stabil,” katanya dalam satu kenyataan semalam.


Jelas beliau, hanya tiga (3) daerah mencatat kes baharu dua (2) angka kelmarin, iaitu Kota Kinabalu 43 kes (+1), Papar 18 kes (+3) dan Sandakan 10 kes (-14).


Manakala, sebanyak 17 daerah merekodkan kes baharu satu (1) angka sementara tujuh (7) daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu.


“Peratusan jangkitan sporadik juga telah menurun kepada 51.6 peratus semalam.


“Sementara itu, seramai 116 orang daripada 122 pesakit baharu kelmarin adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, tiga (3) orang dalam Kategori 3, dua (2) orang dalam Kategori 4 dan seorang dalam Kategori 5,” katanya.


Bagaimanapun, satu (1) kes kematian dilaporkan kelmarin iaitu di daerah Keningau

bottom of page