top of page

LEBIH 80 TERKORBAN GEMPA DI SULAWESI BARAT JUMAAT LEPAS

nabalunews



18 JAN 2021


JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia merekodkan lebih 80 orang terkorban setakat ini dalam kejadian gempa bumi bermagnitud 6.2 pada skala Richter di Sulawesi Barat, Jumaat lepas.

Operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan mereka yang dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan bangunan masih diteruskan.

Menurut Ketua Pusat Data, Informasi dan Komunikasi Kebencanaan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Dr Raditya Jati, berdasarkan data sementara yang dikumpul pada 8 pagi tadi, sebanyak 70 mayat telah ditemukan di Kabupaten Mamuju, manakala 11 lagi mayat ditemukan di Kabupaten Majene.


"Seramai 19,345 penduduk kini ditempatkan di pusat-pusat pemindahan sementara, lebih 800 cedera dalam kejadian itu selain sebanyak 1,150 unit rumah dan bangunan termasuk sekolah dan sebuah hospital rosak dan runtuh," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian 1.28 pagi waktu Indonesia Timur pada 15 Jan lepas, Sulawesi Barat digegarkan oleh gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter yang diikuti lebih 30 gempa susulan bermagnitud bawah 5.5 pada skala Richter. - Bernama

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page