LEBIH BANYAK PUSAT PEMBERIAN VAKSIN, PROGRAM BERGERAK DI PEDALAMAN: HAJIJI LEBIH BANYAK PUSAT PEMBERIAN VAKSIN, PROGRAM BERGERAK DI PEDALAMAN: HAJIJI
top of page
  • Wartawan Nabalu News

LEBIH BANYAK PUSAT PEMBERIAN VAKSIN, PROGRAM BERGERAK DI PEDALAMAN: HAJIJI


Hajiji ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Kempen Sifar Pandemik Covid-19. - foto Jabatan Penerangan

22 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan membuka lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan memperbanyakkan program bergerak ke kawasan pedalaman bagi mempercepatkan proses imunisasi berkelompok masyarakat.


Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor berkata, langkah ini selaras dengan sasaran kerajaan mencapai 30,000 orang akan divaksin setiap hari bermula 1 Julai ini.


"Setakat 19 Jun, seramai 326,556 penerima dos pertama bagi fasa pertama dan kedua termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


"Kerajaan akan berusaha memastikan bekalan vaksin seperti Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca mencukupi bagi rakyat,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Kempen Sifar Pandemik Covid-19 di Dewan Bankuasi, Pusat Pentabiran Negeri Sabah (PPNS), di sini, hari ini.


Hajiji berkata, Kempen Sifar Pandemik Covid-19 merupakan inisiatif kerajaan negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertujuan mewujudkan penanda aras baharu bagi masyarakat negeri ini.


Hajiji (dua dari kanan) selepas selesai Pelancaran Kempen Sifar Pandemik Covid-19.

"Kempen juga memfokus kepada pembudayaan norma baharu, mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam kehidupan seharian dan mengutamakan pengambilan vaksin dalam kalangan masyarakat," katanya.


Beliau berkata, di bawah Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS), dianggarkan 10,000 pekerja dalam sektor industri dan pembuatan di Sabah akan menerima vaksin.


"Program PIKAS akan beroperasi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) mulai Julai ini menyasarkan 1,500 pekerja dalam sektor ini dijangka menerima vaksin dalam sehari,” katanya.


Turut serta dalam perasmian secara virtual, Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Sri Dr. Adham Baba, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Masidi Manjun, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Shahelmey Yahya, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Haji Safar Untong dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr. Christina Rundi.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page