Lebih dua juta penduduk Sabah sudah terima satu dos vaksin setakat 3 NovLebih dua juta penduduk Sabah sudah terima satu dos vaksin setakat 3 Nov
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Lebih dua juta penduduk Sabah sudah terima satu dos vaksin setakat 3 Nov


4 November 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kumulatif penduduk Sabah yang telah menerima vaksin dos satu setakat 3 November adalah seramai 2,428,012 orang. Beliau berkata, ia meliputi 2,098,437 orang penduduk dewasa bersamaan dengan 76.07 peratus jumlah penduduk dewasa manakala bagi penduduk yang menerima dos lengkap adalah seramai 2,344,708 orang. "Daripada jumlah ini, seramai 2,060,296 orang atau 74.69 peratus adalah penduduk dewasa,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Masidi berkata, penduduk remaja yang telah menerima satu dos vaksin seramai 329,575 orang atau 75.94 peratus, manakala penduduk remaja yang telah lengkap dos vaksin adalah seramai 284,412 atau 65.53 peratus orang setakat ini. Beliau berkata, berdasarkan data PICK Sabah, penduduk negeri ini yang menerima vaksin pada 3 November seramai 10,493 orang. “Daripada jumlah inu, seramai 8,024 orang adalah penduduk dewasa dan 2,469 orang penduduk remaja,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page