top of page

Lelaki dikhuatiri hilang ketika keluar memancing di Sungai Umas-Umas

  • nabalunews
  • Jul 20, 2025
  • 1 min read

SAR lelaki hilang ketika keluar memancing di Sungai Umas-Umas Dumpas
SAR lelaki hilang ketika keluar memancing di Sungai Umas-Umas Dumpas

20 Julai 2025


TAWAU: Seorang lelaki dikhuatiri hilang apabila masih tidak pulang ke rumah selepas keluar memancing di Sungai Umas-Umas Dumpas, Jalan Merotai-Kalabakan sejak petang, semalam.


Mangsa yang dikenali sebagai Rizal Bedu, 38, dikatakan keluar untuk menjalankan aktiviti memancing di sungai itu pada jam 2 petang, namun dilaporkan masih belum pulang sehingga kini.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya melancarkan operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) hari ini selepas menerima laporan kejadian daripada Balai Polis Bombalai sekitar jam 2.27 petang.

Pasukan SAR menemui motosikal mangsa di tebing Sungai Umas- Umas Dumpas
Pasukan SAR menemui motosikal mangsa di tebing Sungai Umas- Umas Dumpas

Katanya, pasukannya menjalankan operasi SAR mangsa secara 'Surface Seaching' di sekitar lokasi kejadian dalam radius 500 meter.


"Pasukan Bomba turut menemui motosikal, beg dan kasut mangsa berada di tebing sungai tetapi mangsa belum dijumpai setakat ini,"katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, operasi itu ditangguhkan pada jam 5 petang tadi dan akan disambung esok.


Jemishin berkata, operasi hari ini membabitkan sepasukan enam anggota dari sebuah jentera yang tiba di lokasi sejauh 40 kilometer pada jam 3.22 petang serta dibantu tiga anggota polis dan penduduk kampung.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page