- nabalunews
Lelaki dikhuatiri lemas jatuh dari feri
1 September 2024
KINABATANGAN: Seorang lelaki dikhuatiri lemas apabila terjatuh ke dalam sungai dari sebuah feri pengangkut barang dalam kejadian di Estet Tomanggong, Kinabatangan, pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 1.22 petang.
Katanya sepasukan 4 pegawai dan anggota dari BBP Kinabatangan dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 192 kilometer dari balai.
"Menurut pengadu pada jam 9:55 pagi tadi, mangsa seorang pekerja feri terjatuh dari feri pengangkut barang semasa menyeberang sungai".
Katanya mangsa dikenali sebagai Antonius Permisi, 45 tahun, seorang rakyat Indonesia.
"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan bersama 1 bot orang kampung dan 1 bot Syarikat Estet Tomanggong menyelusuri sungai dengan radius pencarian sejauh 3 kilometer di sekitar lokasi mangsa dilaporkan hilang.
"Mangsa masih belum dijumpai. Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Comments